sukan

Syahmi Zamri muncul wira TFC berdepan Bali United di Piala AFC

Pemain gantian Syahmi Zamri muncul wira Terengganu FC apabila jaringannya pada 10 minit terakhir memastikan wakil negara itu mengikat Bali United 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, di Bali, Indonesia sebentar tadi.

Keputusan itu nyata cukup berharga dan meneruskan momentum baik selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Central Coast Mariners dari Australia, sekali gus mengekalkan rekod bersih dalam kempen kali ini.

Begitupun, ia keputusan cukup menghampakan buat Bali United bimbingan Stefano Cugurra yang gagal mengekalkan kelebihan gol.Dalam aksi itu, pengendali skuad Penyu Tomislav Steinbruckner membuat beberapa pertukaran termasuk menyenaraikan Adisak Kraison dan Argzim Redzovic dalam kesebelasan utama yang tidak beraksi pada aksi pertama sebelum ini.

Sebaliknya penjaring terbanyak pasukan Ivan Mamut tidak disenaraikan dan kehilangannya tampak ‘canggung’ di bahagian depan apabila Adisak dilihat kurang menyengat.

Gerakan paling berbahaya dari Terengganu hanya hadir di minit 41 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti Nurillo Tukhtasinov namun sempat ditepis Adilson Maringa.

Nor Hakim Hassan turut memiliki peluang tetapi percubaannya di hujung permainan babak pertama mudah dihalang Maringa untuk mengakhiri aksi tanpa jaringan.

Bali United menampilkan ‘watak’ cukup berbeza di separuh masa kedua dengan meningkatkan intensiti untuk menekan kubu pelawat.

Akhirnya kubu Terengganu bocor pada minit ke-54 apabila Privat Mbarga menghukum kealpaan pertahanan selepas menyambut sepakan penjuru.

Steinbruckner segera membawa masuk Syahmi Zamri dan mengeluarkan Adisak bagi menambah sengat.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila tonggak berusia 23 tahun itu mudah menolak masuk selepas menerima tandukan Nor Hakim Hassan yang menyambut sepakan sudut Sony Norde.

sumber:-HM

Walaupun pelawat mencuba memburu gol kemenangan, namun kekebalan benteng tuan rumah menyaksikan Terengganu pulang ke tanah air dengan satu mata.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

1 hour ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

4 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

5 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

5 hours ago