sukan

Aksi Cemerlang Buka Mata Pan Gon

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyenaraikan pemain terbaik yang dimiliki negara untuk kem latihan pusat bermula Jumaat ini bagi menghadapi saingan Pestabola Merdeka.

Pengendali dari Korea Selatan itu memanggil kembali tiga pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 iaitu Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine serta seorang pemain baharu iaitu penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.

Pan-gon berkata, pemilihan pemain itu berdasarkan perancangan strategi dan salah satu persiapan skuad negara menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan depan dan Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.

Mengulas mengenai keputusan memanggil Suhaimi, Pan-gon menyifatkan penjaga gol berusia 29 tahun itu menunjukkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Malaysia.

“Kami melakukan beberapa perubahan berbanding panggilan kem terakhir kerana ada pemain yang menyertai Kelayakan Piala Asia B-23.

Selepas berakhir kejohanan itu, mereka kembali menyertai pasukan kebangsaan.Nooa adalah salah seorang (daripada senarai itu).

“Suhaimi pula menunjukkan persembahan terbaik dan kami mahu melihat bagaimana dia dapat bersama dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada 13 Oktober dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada 17 oktober di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

sumber:- SH

Sebelum ini, Pan-gon meletakkan sasaran untuk mara ke final dan menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan itu dianjurkan 10 tahun lalu.

Recent Posts

  • sukan

Bayangan status Natxo Insa bersama JDT

Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More

18 minutes ago
  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

12 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

13 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

14 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

15 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

15 hours ago