Skuasy berpasukan wanita negara kembali mengesahkan status di pentas Sukan Asia dengan menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen negara mereka dalam empat edisi selepas mendominasi Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi.
Malaysia menebus semula kilauan emas itu selepas memungut gangsa di Indonesia, lima tahun lalu, di sebalik memenanginya dalam dua edisi sebelumnya.
Pasukan negara pincang pada awal pertarungan selepas taruhan pertama, Rachel Arnold, dibayangi ketangkasan Tong Tsz Wing sebelum tersungkur 2-3.
S. Sivasangari kemudian tenang menghidupkan semula harapan selepas menjinakkan Ho Tze Lok, dengan nota 3-0.Aifa Azman kemudiannya mengetepikan segala gemuruhnya untuk memadam cabaran Chan Sin Yuk dalam pertarungan empat set.Sementara itu, rakan sepasukan lelaki mereka malangnya gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2018.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More