Selepas 30 tahun, pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melakarkan sejarah tersendiri dalam arena olahraga negara apabila mara ke peringkat akhir 100 meter di Sukan Asia Hangzhou, hari ini.
Azeem mencatatkan masa kedua terpantas 10.17 saat (s) pada saringan separuh akhir pertama di belakang Lalu Mohamad Zohri dari Indonesia yang merekodkan 10.12s untuk layak secara automatik di peringkat akhir.
Acara akhir 100m itu dijadualkan berlangsung pada jam 9.55 malam ini.
Azeem yang ditemui berkata, dia tidak menjangkakan perlumbaan separuh akhir itu akan berlangsung dengan begitu pantas.
“Ia sangat mengejutkan apabila Lalu Zohri dapat kembali pada tahap terbaiknya.
“Saya juga dapat buktikan saya berada di tahap yang sama dengan mereka dan untuk final saya harap saya terus kekal fokus dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk mendoakan saya.
sumber:- BH
“Alhamdulillah selepas 30 tahun negara kita wakil di pentas akhir Sukan Asia dan itu paling penting,” katanya.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More