PEMAIN pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf selepas tindakannya menendang pengadil ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.
Menurut Yazan, dia akan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dan berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi.
“Saya memohon maaf kepada peminat dan rakan sepasukan saya.
“Ia berlaku kerana keadaan ketika itu dan tekanan psikologi. Sepupu saya juga telah meninggal dunia beberapa minggu lalu.
“Saya tahu bahawa ini bukan alasan untuk saya melakukan apa yang saya lakukan, dan ia bukan watak saya atau apa yang saya pelajari daripada Islam,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Selasa.
Insiden Yazan menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir itu berlaku selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Selangor tewas kepada Terengganu FC dengan agregat 3-1 dan gagal mara ke perlawanan separuh akhir.
Video Yazan menendang pengadil itu juga tular di media sosial yang menyaksikan pemain import dari Jordan itu terlebih dahulu berkata sesuatu dan menolak Mohd Hasrol, sekali gus dia dilayangkan kad merah.
sumber:- SH
Bagaikan tidak berpuas hati, Yazan dilihat menendang Mohd Hasrol sebelum dia ditenangkan oleh rakan sepasukan.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More