sukan

Pengendali Kawasaki Frontale akui ‘kecut perut ‘ dengan dua pemain JDT

Pengendali Kelab Liga 1 Jepun (Liga J1), Kawasaki Frontale, Toru Oniki sedar perlawanan yang sukar menanti pasukannya apabila berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok.

Oniki juga sedar dengan kredibiliti kesebelasan pemain JDT dan mahu anak didiknya untuk merantai kesemua pemain yang diturunkan bagi mengelak kekalahan kerana sedar akan kualiti yang ada pada kombinasi serangan JDT.

“Kami gembira dapat menyertai saingan ACL sekali lagi. Kami kembali ke Johor dan sedar ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar apabila berhadapan JDT dan kami mahu lakukan yang terbaik pada aksi malam esok.

“Pasukan kami juga sedar yang JDT semakin berkembang dan mereka mempunyai pemain yang baik dari segi corak permainan individu. Ia sukar tetapi apa yang penting kami sentiasa mahu memenangi aksi pertama dalam saingan kumpulan itu.

“Pemain kami perlu merantai kesemua pemain JDT terutama pemain nombor 9 (Bergson Da Silva) dan nombor 20 (Juan Muniz) serta semua pemain serangan kerana mereka sangat berbahaya,” katanya dalam sidang media pra perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.

Kawasaki Frontale tampak merancang untuk memburu gol awal untuk memastikan mereka dapat mengawal perlawanan sebaik wisel permulaan kerana tahu suasana Stadium Sultan Ibrahim yang menakjubkan boleh membantu JDT melakar kejutan.

“Dari pengalaman yang lalu, kami mesti jaringkan gol awal kerana keadaan di stadium ini sangat menakjubkan dan kami perlu mengawal perlawanan dari awal jika ingin menang.

“Kami cuba perbaiki setiap masa dan akan beri saingan ketika perlawanan meskipun kami mempunyai lapan pemain baharu yang dinaikkan pangkat dari skuad remaja berbanding skuad tahun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, ketua pasukan Kawasaki Frontale, Kento Tachibanada juga senada dengan ketua jurulatihnya dan mahu mencipta kemenangan dalam perlawanan pertama kerana ia penting untuk membina momentum dalam saingan ini.

“Sasaran kami untuk muncul juara dalam kumpulan itu dan memenangi perlawanan pertama kerana ianya penting untuk mendapat momentum yang baik dalam kejohanan ini dan kami akan lakukan yang terbaik dari awal dan kawal perlawanan,” katanya dalam sidang media yang sama.

Tachibanada juga mengenali pemain tengah JDT, Takahiro Kunimoto yang dianggap cukup berbahaya dan dia sebagai pemain tengah mahu memastikan rakan senegaranya itu dikunci rapat supaya tidak dapat bergerak bebas di dalam padang.

sumber:- HM

“Saya kenal dia dan dia bagus dan akan sekat dia dan pastikan dia tidak bebas di atas padang. Kami yakin tetapi kami faham JDT pasukan yang kuat dan keadaan di sini sangat bagus tetapi kami mahu mencatatkan kemenangan dan saya pasti ianya akan menjadi satu perlawanan berintensiti tinggi,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 minutes ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

4 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

5 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

5 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

6 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

7 hours ago