Apa sudah jadi kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah?.Hilang fokus di set penentuan ditambah kecederaan buku lali dialami Pearly pada hujung permainan meragut peluang pasangan itu bagi merangkul gelaran pertama musim ini apabila tewas di tangan beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada aksi final Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.
Pearly-Thinaah memulakan aksi di Hong Kong Coliseum itu dengan corak permainan meyakinkan pada set pertama apabila melakar kemenangan 21-14.
Pasangan itu sepatutnya boleh menoktahkan kemenangan awal apabila suatu ketika mendahului set kedua 13-9, namun diberi tentangan sengit lawan dari Indonesia itu sehingga kedua-duanya saling bertukar memegang mata akhir sebelum kemenangan memihak kepada Apriyani-Siti Fadia 24-22.
Memasuki aksi di set ketiga, Pearly-Thinaah bagaikan hilang fokus apabila menyaksikan lawan berjaya mendahului sehingga 18-6.
Memburukkan lagi keadaan, Pearly sebelum itu tergelincir ketika mahu menyelamatkan bulu tangkis mengakibatkan dia mengalami kecederaan di bahagian buku lali.
Biarpun tetap bangun bagi meneruskan perjuangan namun tidak banyak pergerakan dapat dilakukan Pearly selepas itu sebelum dia dan Thinaah terpaksa akur tewas 9-21.
Sejauh mana tahap keseriusan kecederaan dialami Pearly itu belum dapat dipastikan namun ia pastinya memberi tamparan buat mereka yang akan menyertai Sukan Asia Hangzhou, minggu depan.
Kekalahan menyaksikan Pearly-Thinaah gagal untuk merekodkan kejuaraan pertama musim ini apabila sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan status naib juara.
Ini adalah kali kedua tahun ini Pearly-Thinaah hampir merekodkan kejuaraan selepas turut muncul naib juara pada saingan Masters Malaysia, Mei lalu.
Tahun lalu, mereka berjaya menjulang kejuaraan Terbuka Perancis selain Terbuka Switzerland pada 2021.
sumber:- BH
Selaku juara, Apriyani-Siti Fadia membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (RM155,415) manakala Pearly-Thinaah meraih AS$15,960 (RM74,756).
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More