Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan saingan Liga Malaysia (Liga M) akan diubah mengikut kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan, demi memastikan jendela perpindahan Liga-M selari dengan liga antarabangsa.
“Ia juga untuk selarikan tempoh rehat dan memastikan persembahan pasukan kebangsaan, pasukan bawah umur dan yang menyertai Piala AFC dalam keadaan baik.
“Kami sedang membuat kajian untuk memastikan kalendar kita adalah selari, kita tahu kalendar antarabangsa ada beza dari segi iklim dan konteks tempatan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Jelajah Piala Malaysia 2023, di sini hari ini.
Stuart berkata, transisi yang dilakukan akan menjadikan musim kalendar liga bola sepak tanah air menjadi dua tahun, bermula 2024 dan berakhir 2025.
Beliau berkata MFL akan mengumumkan perkara berkenaan bulan depan selepas segala perbincangan melibatkan kelab dan pihak berkepentingan selesai.
Sementara itu, Stuart berkata MFL akan memastikan musim baharu Liga-M dimulakan tanpa sebarang isu tunggakan gaji.
Katanya, tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pasukan yang berdepan kes tunggakan gaji sekiranya mereka tidak menyelesaikan masalah itu sebelum musim ini berakhir.
Mengenai Jelajah Piala Malaysia 2023, Stuart berkata ia bagi memastikan semua peminat bola sepak tanah air berpeluang melihat piala berprestij itu lebih dekat.
“Kami menggalakkan peminat bola sepak untuk merebut peluang menyaksikan trofi Piala Malaysia yang disanjungi dan kaya dengan sejarah,” katanya.
Jelajah bermula hari ini hingga 3 Dis ini, melibatkan lima AEON BiG terpilih bermula di AEON BiG Wangsa Maju (15-17 Sept) diikuti AEON BiG Falim, Ipoh, Perak (22-24 Sept); AEON BiG, Kuantan, Pahang (20-22 Okt); AEON BiG Shah Alam atau Klang, Selangor (3-5 Nov); dan AEON BiG Batu Pahat, Johor (1-3 Dis).
sumber:- BH
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 dijadualkan pada 9 Disember ini. – BERNAMA
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More