Apa sudah jadi dengan pemain perseorangan profesional lelaki Lee Zii Jia apabila dia sekali lagi tewas di pusingan awal.Ketika ini siapa yang harus dipersalahkan apabila pemain kelahiran Kedah itu mensia-siakan peluang untuk menempah tiket ke suku akhir Terbuka Hong Kong.
Kekalahan terbaharu Zii Jia itu menyaksikan dia kini merekodkan 11 kekalahan di pusingan awal dari 14 kejohanan disertai dalam siri Jelajah Dunia BWF tahun ini selain turut tewas di pusingan pertama Terbuka China minggu lalu.
Kali ini Zii Jia tersungkur kepada Taiwan, Lee Chia Hao pada aksi pusingan kedua.
Zii Jia dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara hingga ke separuh akhir selepas tersingkirnya pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan pertama.
Dia bermula dengan baik apabila menang set pertama 21-19 namun tewas di set kedua 17-21 untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Zii Jia dilihat berada di ambang kemenangan apabila mendahului 11-7 namun bagaikan hilang arah dan akhirnya tewas 20-22.
Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila turut tewas di pusingan kedua.
sumber:- HM
Kian Meng-Pei Jing tidak dapat meneruskan rentak itu apabila terpaksa akur tewas di tangan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 16-21, 18-21.
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More