sukan

Kontrak Pan Gon masih jadi tanda tanya

Perubahan besar yang di bawa Kim Pan-gon kepada skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih pasukan pada Februari 2022 perlu diberi perhatian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk menawarkan lanjutan kontrak kepada jurulatih dari Korea Selatan itu.

Layak secara merit ke Piala Asia di Qatar pada Januari depan serta memacu peningkatan ranking dengan hampir mengejutkan dua pasukan di kedudukan 100 terbaik dunia iaitu China dan Syria adalah bukti perubahan pasukan negara ketika ini.

Pan-gon, 54, sebelum ini mengikat kontrak selama dua tahun dengan pilih lanjutan dua tahun lagi, dengan dijangka kontraknya bakal berakhir pada Februari atau Mac tahun depan.

Namun dengan segala usaha yang di bawa oleh Pan-gon, sudah tiba masanya FAM melanjutkan lagi tempoh berkenaan dengan cuba meletakkan sasaran baharu bersaing merebut slot ke Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat nanti.

Malah, lapan slot yang diberikan kepada benua Asia itu harus diambil kesempatan bagi menetapkan hala tuju baharu yang secara tidak langsung bakal mengubah dimensi, budaya dan mentaliti dalam ekosistem bola sepak di Malaysia untuk menghala ke Piala Dunia.

Perkara terbabit turut diakui bekas penyerang skuad Harimau Malaya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang melihat perubahan di bawa oleh Pan-gon sejak mengambil alih pasukan kebangsaan.

“Saya lihat Pan-gon seorang jurulatih asing yang berjaya memberi keyakinan dan kematangan kepada setiap pemain dan pasukan kita. Walaupun sebelum ini ada jurulatih asing, tapi Pan-gon berjaya menerapkan sesuatu dengan memberi keyakinan pada pemain.

“Bagi saya kalau Pan-gon ingin kekal, kita perlu memberi sokongan dan FAM boleh melihat ruang-ruang yang boleh ditingkatkan lagi agar kita dapat meneruskan kemajuan di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi.

Ujar Akmal lagi, beliau memuji kebijaksanaan FAM di bawah kepimpinan Datuk Hamidin Mohd Amin yang membawa masuk Pan-gon ke dalam sistem kejurulatihan negara hingga membawa perubahan yang cukup besar.

sumber:- HM

“Saya memuji langkah FAM yang memikat Pan-gon hingga adanya gelombang perubahan dalam skuad negara. Pan-gon bijak mengadun pemain mengikut falsafah yang beliau mahukan dan menambah keyakinan kepada pemain untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

3 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

5 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

6 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

6 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

7 hours ago