Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan skuad Harimau Malaya kini sudah semakin baik di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.
Anak buah Pan Gon mencetuskan peningkatan prestasi yang ketara selepas berjaya mengikat pasukan ranking ke-80 dunia, China 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, malam tadi.
Mereka juga seri 2-2 dengan Syria, pasukan ranking ke-94 dunia di Chengdu Rabu lalu.
“Pencapaian pasukan bola sepak Harimau Malaya bertambah baik di bawah jurulatih Kim Pan Gon. Malah komuniti Korea Selatan juga gembira melihat Pan Gon berada di Malaysia bersama pasukan negara.
“Saya harap mereka akan terus maju,” katanya ketika ditemui pada majlis perlawanan persahabatan Malaysia dan Korea Selatan untuk meraikan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur melalui sukan di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Pada aksi malam tadi, pemain sayap lincah, Faisal Halim meletakkan Malaysia di hadapan seawal minit ke-11 sebelum Lin Liangming menyamakan kedudukan untuk China pada minit ke-36.
sumber:- BH
Selepas ini, Malaysia akan menyertai Pestabola Merdeka, bulan depan sebelum bersaing pada Kelayakan Piala Dunia 2026 (November) dan Piala Asia di Qatar (Januari depan).
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More