Keputusan seri 2-2 dengan Syria, Rabu lalu, meniup semangat skuad Harimau Malaya untuk mencipta keputusan positif pada perlawanan persahabatan kedua menentang China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, malam esok.
Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemain yang cukup agresif melawan dan ia sesuai dengan identiti mereka sebagai Harimau Malaya.
“Saya gembira dengan keseluruhan pemain kerana mereka semakin berkeyakinan dan agresif, sekali gus berjaya membentuk karakter diinginkan.
“Situasi ini akan diteruskan apabila bertemu China, esok dalam usaha meraih keputusan positif demi negara.
“Semangat ini cukup bagus untuk dibawa pada perlawanan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan Piala Asia 2023 di Qatar kelak,” katanya pada sidang media pra perlawanan antara Malaysia menentang China, sebentar tadi.
Sementara itu, pertahanan kental negara, Dion Cools berkata, barisan pemain tidak gentar bertemu China walaupun pasukan itu berada di ranking ke-80, berbanding Malaysia di tangga ke-136 dunia.
“Seperti semua tahu, kami hormati ranking China, namun barisan kejurulatihan sudah mengkaji pemain serta corak permainan mereka.
“Kami akan beraksi seperti yang direncanakan jurulatih dan berharap mampu memberi saingan sengit kepada China,” katanya.
sumber:- HM
Mengikut rekod 10 pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan, kelebihan memihak kepada China yang menang tujuh kali dan dua kali seri manakala Malaysia pula hanya sekali pernah menundukkan negara Tembok Besar itu.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More