Saham Manchester United jatuh dengan teruk berikutan khabar angin keluarga Glazer enggan menjual kelab itu dan menariknya keluar dari pasaran.
Kelab itu disenaraikan dalam pasaran saham sejak tahun 2012 dan kejatuhan terkini menjadikannya hari paling teruk bagi saham United dalam tempoh 11 tahun sebagai syarikat awam.
Saham kelab Old Trafford itu merudum sebanyak 21 peratus selepas berita tersebar Glazers mungkin tidak akan menjualnya, sebelum melantun semula sedikit hingga turun 18 peratus.
Perubahan itu menyaksikan paras pasaran kelab jatuh sebanyak £550 juta (RM3.2 bilion) – menjadikan nilai pasaran semasa kelab itu sekitar £3.3 bilion (RM19.3 bilion).
Nilai baharu itu jauh berbeza daripada harga yang ditetapkan oleh keluarga Glazer semasa rundingan mereka untuk menjual kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.
Didakwa Glazers mahukan hampir £10 bilion (RM58.6 bilion) untuk menjual Red Devils.Mereka cuba menjual kelab itu sejak November lalu, namun di sebalik rundingan yang memakan masa bersama pembeli berpotensi Sheikh Jassim dan Jim Ratcliffe kedua-duanya tidak menepati permintaan mereka.
Menurut akhbar Daily Mail, ia menyebabkan pemilik United mengeluarkan kelab itu dari pasaran dengan harapan untuk dijual pada masa depan.
Dikatakan mereka akan cuba menyenaraikan semula United untuk dijual pada tahun 2025 apabila mereka menjangkakan “faktor persekitaran dan kewangan mungkin menarik lebih ramai pembida.”
Bekas legenda United, Gary Neville mengecam pendekatan keluarga Glazer dalam usaha menjual kelab itu.
“Saya tidak percaya Glazers tidak menjual/melakukan apa-apa cerita. Mereka perlu melakukan sesuatu.
sumber:- BH
“Mereka sudah kehabisan wang dan keadaan kewangan memang mendesak. Mereka memerlukan pelaburan. Mereka juga berdepan kesan toksik kepada kelab dari dalam dan luar,” ciapnya di Twitter.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More