sukan

Bukan Malaysia main macam tu

HARIMAU Malaya tidak akan beraksi dengan corak bertahan ketika berdepan pasukan China dan Syria dalam perlawanan persahabatan di Chengdu, China.

Tonggak pertahanan skuad negara, Matthew Davies berkata, Harimau Malaya akan turun dengan corak pendekatan berbeza, namun bukan dengan cara bertahan sekali gus cuba mencari keputusan positif di Chengdu.

“Sudah tentu ia akan menjadi pendekatan yang sedikit berbeza terhadap lawan yang berada di ranking lebih baik (Syria dan China) terutamanya dalam perlawanan di tempat lawan.

“Bermain secara bertahan sememangnya aspek penting tetapi pada masa yang sama kami tidak mahu pergi ke sana dengan corak terlalu bertahan kerana bukan itu cara kami sebagai pasukan bola sepak,” katanya pada Sabtu.

Harimau Malaya akan berdepan Syria yang berada di ranking ke-94 dunia pada Rabu sebelum menentang pasukan tuan rumah (ke-80 dunia) tiga hari kemudian.

Dalam pada itu, Davies percaya perlawanan menentang pasukan di ranking yang lebih baik itu merupakan satu persediaan berguna sebelum menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan aksi getir Piala Asia 2023 di Qatar.

Menurutnya, kem latihan skuad negara kali ini juga menghimpunkan pemain terbaik dan majoritinya sudah bersama lama dalam pasukan kebangsaan.

“Kami gembira dapat berkumpul awal.Ini sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik sebelum menentang China dan Syria.

“Mereka (China dan Syria) berada di ranking lebih baik dan ia perlawanan yang sangat menarik selain satu cabaran besar buat kami.

“Kami menjangkakan perlawanan sukar terutama dengan china dan kami perlu bersedia dengan sebaik mungkin,” katanya.

sumber:- SH

Selepas aksi persahabatan di Chengdu ini, skuad negara akan menghadapi saingan Pestabola Merdeka pada bulan depan sebelum mengharungi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November dan saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari.

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

9 minutes ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

57 minutes ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

3 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

3 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

4 hours ago