sukan

Tiada istilah ‘anak emas

Tiada istilah ‘anak emas’ atau jaminan untuk membarisi kesebelasan utama dalam skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan menentang Syria dan China pada 6 serta 9 September ini di di Chengdu, China.

Pertahanan kental Harimau Malaya Matthew Davies berkata, walaupun sering menjadi pilihan kepada pengendali pasukan kebangsaan Kim Pan Gon untuk berada dalam skuad utama namun dia tetap perlu berusaha bekerja keras bagi memastikan prestasinya berada pada tahap optimum.

Pemain kacukan Malaysia-Australia itu berkata, ketika ini dia perlu bersaing dengan beberapa tonggak pertahanan lain yang dilihat turut berpotensi diturunkan untuk membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.

“Saya mengharapkan dapat membarisi kesebelasan utama dan untuk itu juga perlu bekerja keras kerana terdapat banyak persaingan daripada pemain lain.

“Kami melakukan persiapan awal bagi mengharungi perlawanan persahabatan itu kerana seperti sedia maklum lawan kali ini lebih hebat dan berada pada ranking 100 terbaik dunia.

“Untuk saya sendiri saya bekerja keras hari demi hari dan sekarang ada ramai pemain pertahanan kanan yang berbakat jadi saya akan cuba yang terbaik untuk kekalkan tempat saya,” katanya, ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang kelmarin.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, Pan Gon sudah pastinya mahu barisan anak buahnya mempamerkan aksi luar biasa dalam usaha meraih keputusan positif menentang Syria dan China.

“Saya akui perlawanan yang mendatang ini satu bentuk tentangan baru dibawakan oleh jurulatih dan majoriti pemain yang ada di sini semuanya sudah bersama sejak sebelum ini.

“Kami juga sudah tahu apa yang jurulatih mahukan dan menganggap perlawanan dengan dua pasukan kuat ini satu pendedahan yang baik terutama bermain di tempat lawan,” katanya.

Malaysia akan bertemu dengan Syria pada 6 September dan China pada 9 September yang bertempat di Chengdu Sport Center, China.

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

2 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

4 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

5 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

6 hours ago