Skuad Harimau Malaya sebenarnya tidak berdepan masalah untuk ‘mengaum’ ketika berdepan pasukan yang jauh lebih kuat namun faktor kekuatan mental menjadi pemisah antara skuad negara dengan pasukan lawan.
Situasi itu diakui pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang melihat anak buahnya mampu memberikan saingan yang sengit ketika berdepan lawan seperti Thailand dan Bahrain namun tetap gagal merakam kemenangan ke atas lawan.
“Kita pernah menentang pasukan yang lebih kuat sebelum ini dan perkara positifnya adalah kita bermula dengan baik dan berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu. Tetapi saya rasa pemain tidak yakin dengan diri sendiri selepas mendahului.
“Mereka seakan tidak selesa apabila terlebih dahulu di depan, jadi mereka kena membiasakan diri dengan perkara itu. Jangan terkejut kerana apabila mereka terkejut, kita bergelut dan kehilangan bola sekali gus tewas.
“Faktor psikologi, mentaliti dan keyakinan ini seharusnya ada kerana pemain harus yakin pada diri sendiri. Kita berada pada tahap yang setara dengan pasukan lawan.
“Barisan pertahanan kita juga baik tetapi berdasarkan statistik, kita sentiasa melepaskan gol selepas minit ke-75 menentang pasukan yang kuat. Jadi pemain perlu fokus dan mengekalkan konsentrasi sehingga tamat permainan,” kata Pan Gon.
Justeru, jurulatih dari Korea Selatan itu menyifatkan dua aksi persahabatan berdepan dua pasukan yang berada dalam kelompok 100 dunia iaitu Syria dan China ini sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh mana peningkatan mereka sehingga kini.
“Kita melakukan tugas yang baik sepanjang satu setengah tahun lalu apabila menang 16 daripada 21 perlawanan yang dihadapi tetapi kita jarang mendapat peluang berdepan pasukan yang kuat seperti Syria dan China.
sumber:- BH
“Jadi kami mahu melihat sejauh mana peningkatan boleh ditunjukkan barisan pemain dan jendela kali ini amat penting untuk persiapan bagi Kelayakan Piala Dunia pada November dan juga Piala Asia tahun depan,” katanya.
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More