Kejayaan menyingkirkan Kedah pada pusingan 16 Piala Malaysia gagal diteruskan Perak FC apabila dibelasah 0-4 oleh KL City pada aksi Liga Super sebentar tadi.
Kemenangan di Stadium Perak itu membolehkan KL City bangkit daripada kekalahan dalam dua aksi terakhir.
Ini adalah kemenangan pertama buat Nenad Bacina bagi aksi Liga Super selepas pengendali dari Croatia itu sebelum ini sudah menikmati kemenangan pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia berdepan Penang FC.
Keputusan itu turut menyaksikan Perak tumbang dua kali berturut-turut dengan agregat 0-9 selepas anak buah Yusri Che Lah dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-5 dalam perlawanan terakhir.
Pada aksi terbabit, KL City terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan apabila penyudah Tchetche Kipre membolehkan pelawat mendahului 1-0.
Belum sempat Perak mencari rentak bagi memulakan babak kedua, mereka dibolosi gol kedua hanya seminit selepas rehat menerusi tandukan Sebastian Avanzini yang menyudahkan sepakan sudut Paulo Josue.
Josue yang bertindak sebagai perancang akhirnya mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-55 selepas pemain kebangsaan itu menanduk masuk hantaran lintang Kamal Azizi Zabri daripada sebelah sayap kanan KL City.
Sean Gianelli menambah derita tuan rumah dengan penyudah kemas di hadapan gol ketika masa sebenar berbaki tiga minit untuk membolehkan KL City terus selesa berkelebihan empat gol.
sumber:- BH
Selepas ini, Perak akan berdepan Negeri Sembilan di Paroi sementara KL City bakal melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC di laman sendiri.
Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More