sukan

Pengendali Kelantan FC tanpa berselindung dedah punca Kelantan dibelasah

Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera tidak dapat menyembunyikan punca Kelantan teruk dibelasah Selangor yang dikaitkan dengan ketiadaan tonggak import dalam pasukan.

Vera, 50, berkata pertembungan malam tadi adalah saat sukar The Red Warriors meskipun sempat merasai nikmat seketika apabila mencetak dua gol di awal permainan.

Katanya, pemain yang terdiri daripada ubi muda hanya mampu beraksi dengan baik pada 20 hingga 30 minit awal sebelum dibelasah pelawat sehingga bolos 11 gol.

“Kita terlalu cepat hilang bola, terburu-buru dan panik, pemain saya tak mampu kuasai permainan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, malam tadi.

Bekas Pengendali Persita Tangerang itu berkata, kebanyakan pemain mudanya masih kurang pengalaman dengan hanya menempuh lima perlawanan.

Katanya, tidak mudah untuk mereka beraksi dengan minit permainan yang sedikit apatah lagi melawan pasukan gergasi seperti The Red Giants.

“Kita lawan dengan pasukan kuat, pemain saya gementar, itu normal untuk pemain muda, tapi lebih berat kita tak mempunyai pasukan yang seimbang, nak tukar pemain susah.

“Kita cuba pemain malah import (Siringo Ringo) di beberapa posisi, kalau satu, dua pemain cedera sudah sangat berat,” katanya.

Vera juga mengakui sepanjang pengalaman dalam arena bola sepak, situasi pasukan Kelantan ketika ini dianggap ‘tidak normal’ apabila tidak mempunyai pemain yang cukup berkualiti dan import untuk beraksi.

“Saya bukan cakap sebab bela diri, pemain tak salah kerana mereka berusaha, mereka main dengan hati untuk Kelantan, mereka bermain dengan bangga,” katanya.

sumber:- BH

Kelantan kekal di kedudukan kedua tercorot liga selepas mengumpul hanya dua kemenangan, dua seri dan 17 kekalahan dengan bolos 87 gol musim ini.

Recent Posts

  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

2 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

4 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

4 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

5 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

5 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

8 hours ago