Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila mengatasi gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, di Copenhagen sebentar tadi.
Turun selaku pilihan ke-10, wakil negara itu mempamerkan dominasi sejak dari awal permainan sebelum mudah memenangi set pertama 21-15.
Tentangan lebih sengit dihadapi mereka dalam set kedua, di mana lawan dari Jepun berkenaan lebih banyak menguasai pertengahan aksi tetapi sebaik mengikat kedudukan 13-13, Pearly dan Thinaah tidak lagi menoleh ke belakang untuk menamatkan pertarungan selama 48 minit itu dengan kemenangan 22-20.
sumber:- SA
Pearly dan Thinaah seterusnya akan menghadapi pasangan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu, bagi penentuan ke separuh akhir esok.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More