Dua wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC tampaknya berdepan nasib berbeza selepas undian saingan itu di langsungkan di Rumah AFC, di sini, hari ini.
Menerusi undian itu, Terengganu FC (TFC) yang muncul naib juara Liga Super musim lalu itu diletakkan dalam kumpulan sukar apabila perlu berdepan juara Liga Australia musim lalu, Central Coast Mariners dalam Kumpulan G.
Dua lagi pasukan juga dilihat cukup hebat membabitkan juara Liga Satu Indonesia 2021-2022 iaitu Bali United serta bekas juara divisyen satu Filipina 2013 lalu, pasukan Stallion Laguna FC.
Manakala Sabah FC pula meniti jalan yang sedikit mudah mudah dalam Kumpulan H.
Ia selepas skuad Sang Badak itu perlu bersaing dengan naib juara Liga Vietnam musim lalu, Haiphong FC dan juara Piala Singapura 2022, Hougang United dari Singapura.
Melengkapkan kumpulan berkenaan adalah finalist Piala AFC Zon Asean musim lalu, PSM Makassar yang tewas kepada Kuala Lumpur City FC di final musim lalu.
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More