Bapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar iaitu Baktiar Md Isa, meninggal dunia, pagi tadi, akibat masalah kesihatan yang dialaminya.
Bapa mentua Baddrol, Mustafa Khalid Hanafi, 62, berkata arwah Bakhtiar, 66 mengembuskan nafas terakhir di rumah Baddrol di Cinta Sayang Resort Villa, Sungai Petani kira-kira jam 6 pagi tadi.
“Allahyarham Bakhtiar pernah menjalani pembedahan masalah hernia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) beberapa hari lalu.
“Jenazah dijangka akan dimandi dan disolatkan di Masjid Al Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani jam 12 tengah hari ini ,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mustafa berkata, jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Busyra, Merbok.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, Baddrol yang juga bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dengan memperoleh 17,771 undi.
sumber:- BH
Bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya berusia 35 tahun itu mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More