sukan

MFL bantu selesai tunggakan

Bekas pemain dan pegawai Sarawak United serta Melaka United mampu mengukir sedikit senyuman apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menyalurkan sebahagian dana hak penyiaran pasukan terbabit kepada mereka yang mengalami tunggakan gaji, tahun lalu.

Situasi terbabit disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam yang mengumumkan keputusan terbabit selepas mengadakan mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah badan pengurusan liga itu, baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan jumlah keseluruhan dana itu, Stuart memaklumkan walaupun inisiatif berkenaan tidak mampu menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji, ia mampu mengurangkan bebanan dihadapi mereka selepas beberapa bulan tidak memperoleh gaji daripada majikan masing-masing.

“Baru-baru ini, lembaga pengarah meluluskan keputusan terbabit dan dana berkenaan akan diedarkan kepada pemain dan pegawai yang terjejas, namun bukannya kepada kelab.

“PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia) sudah mengemukakan senarai pemain. Pada masa sama, kami mempunyai senarai jurulatih dan pada minggu ini dana itu akan diagihkan kepada mereka.

“Dana terbabit adalah wang geran yang ditahan MFL dalam tempoh ditetapkan. Jika ditanya sama ada dapat menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji, sudah pastinya tidak boleh, sekali gus mengharapkan isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pemangku presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee menyatakan kekecewaan apabila Sarawak United masih lagi tidak menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan bekas jurulatihnya, mendiang B Sathiananthan.

Tahun tahun lalu, MFL memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai pasukan itu yang berdepan masalah tunggakan gaji.

Walaupun, mendiang Sathia sudah beberapa kali menuntut tunggakan gaji kepada bekas majikannya itu, sehingga hari ini, ia masih belum diselesaikan oleh pengurusan Sarawak United.

Sementara itu, Stuart mengakui beliau ada berbincang bersama Kim Swee dalam usaha mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan jurulatih.

sumber:- HM

“Kim Swee ada menghubungi saya berkaitan kebajikan jurulatih termasuklah membabitkan kes mendiang Sathia.”MFL akan cuba mencari jalan terbaik seperti kita selesaikan membabitkan tunggakan gaji pemain,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

2 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

3 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

4 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

5 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

7 hours ago