sukan

Bekalan gol bawa ke suku akhir

Sabah FC layak ke suku akhir Piala Malaysia 2023 apabila mengatasi Kuching City FC dengan agregat 4-1 selepas tamat perlawanan timbal balik pusingan 16 di Stadium Likas, malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 namun Kuching City ketinggalan dengan agregat agak besar selepas tewas 3-0 dalam aksi pertama di Stadium Negeri, Kuching pada 5 Ogos lalu.

Pasukan tuan rumah yang berada dalam kedudukan selesa selepas mendahului dengan agregat 3-0, kelihatan agak kurang agresif ketika memulakan permainan malam ini, namun tetap berhati-hati terhadap kemaraan pasukan pelawat.

Sebaliknya, Kuching City dilihat cuba melakukan kejutan untuk mencuri gol dan merapatkan jurang agregat sejurus perlawanan bermula hingga berjaya mencipta peluang berbahaya seawal minit ke-19.

Kuching City hampir mendahului apabila dua pemainnya berjaya menembusi pertahanan Sabah dan hanya berdepan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-19, namun agak malang bola tersasar ke arah tepi kiri tiang gol tuan rumah.

Sesudah itu, Sabah mula mengatur gerakan balas dan melakukan beberapa cubaan bermula dengan sepakan kencang Gary Steven Robbat dari luar kotak penalti Kuching City pada minit ke-23, namun melepasi palang gol.

Cubaan Sabah diteruskan lagi sehinggalah pada minit ke-26, Rizal Ghazali berjaya meledakkan jaringan untuk tuan rumah selepas menerima hantaran sepakan percuma daripada Saddil Ramdani.

Kedudukan tuan rumah mendahului perlawanan dengan 1-0 itu kekal sehingga permainan berhenti rehat, namun berubah pada babak kedua apabila pemain lawan, Rames Lai berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Sabah cuba mengubah kedudukan menerusi beberapa cubaan untuk menambah jaringan sepanjang baki masa perlawanan, namun tiada yang berhasil sehingga tamat masa perlawanan, termasuk lima minit masa tambahan.

sumber:- BH

Walaupun berakhir dengan keputusan seri, Sabah tetap memiliki kelebihan agregat 4-1 untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Recent Posts

  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

3 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

4 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

4 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

5 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

5 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

8 hours ago