sukan

JDT diambang cipta Rekod Dunia baharu

Bakal juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada landasan tepat untuk mencipta rekod baharu dunia apabila berpeluang meraih musim penuh sempurna dengan memenangi semua perlawanan liga.

Skuad bimbingan Esteban Solari itu ketika ini sudah memenangi semua 20 perlawanan Liga Super untuk menghimpun 60 mata di persada liga.

Hanya enam perlawanan memisahkan skuad Harimau Selatan daripada melakar rekod sempurna meraih 26 kemenangan daripada 26 perlawanan dalam liga musim ini.

Enam pasukan yang bakal menjadi penghalang JDT daripada merakam kemenangan bersih adalah Kedah Darul Aman (KDA) FC, PDRM FC, Kelantan United, Kuching City FC, Sri Pahang FC (SPFC) dan Penang FC.

Jika JDT berjaya memenangi semua 26 perlawanan liga musim ini, ia bakal menjadi rekod baharu dalam dunia bola sepak yang menyaksikan JDT meraih musim sempurna dalam liga dengan kemenangan terbanyak.

Berdasarkan semakan di laman sesawang rsssf.org, beberapa pasukan bola sepak pernah meraih musim sempurna dalam saingan domestik liga mereka yang jelas menjadi satu pencapaian yang sukar ditandingi namun dengan jumlah perlawanan yang berbeza.

Rekod terawal membabitkan musim sempurna dilakar kelab Scotland, Rangers FC pada musim 1898-99 yang menyaksikan mereka memenangi semua 18 perlawanan mereka dalam saingan Liga Divisyen Satu Scotland.

Selain Rangers, beberapa pasukan pernah merakam pencapaian sama apabila memenangi semua perlawanan liga mereka.

Antaranya Racing Club dari Argentina yang menang semua 13 perlawanan pada 1919, Ferencvarosi dari Hungary memenangi semua 22 perlawanan pada 1931-32 serta Dresdner SC dari Jerman pada 1942-43 dengan 23 perlawanan.

sumber:- BH

Selain itu, kelab dari Mauritius, Sunrise Flacq United pernah memenangi semua 22 perlawanan pada 1995-96 dan kelab dari Uruguay, Nacional dengan 20 perlawanan pada 1941.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

7 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

11 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

12 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

13 hours ago