sukan

Malu nama Kelantan!

Perasaan malu dan kecewa menyelubungi penyokong Kelantan FC selepas pasukan itu diratah 0-8 oleh Terengganu FC dalam aksi Liga Super kelmarin.

Baru hendak bergembira dengan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan, Rabu lalu, dibelasah lapan gol di Stadium Sultan Muhammad IV sukar ­diterima peminat The Red ­Warriors (TRW).

TRW Kota Bharu (TRW KB), antara kelab penyokong berpe­ngaruh tidak nampak Kelantan boleh diselamatkan ketika liga berbaki enam perlawanan.

Kekalahan ke-16 daripada 20 perlawanan musim ini meletakkan mereka di tangga kedua ter­corot liga.

“Memang ada kelompok penyokong anggap Zamburger (pemilik Kelantan, Norizam Tukiman) sebagai penyelamat bola sepak Kelantan.

“Mula-mula ayat itu boleh pakai tetapi setelah beberapa tahun pegang dan asyik kalah sehingga 7-0 atau 8-0, rakyat Kelantan tak boleh terima. Malu nama Kelantan!

“Kalau sekadar nak pegang bola tapi tidak boleh mengurus, maka berikanlah kepada orang lain… koho dio pegey koho berat,” kata Presiden TRW KB, Mohd. Zainy Zain .

Katanya, jika prestasi buruk berterusan dan kekal di tangga tercorot atau kedua tercorot, tidak mustahil selepas ini penyokong akan melihat TRW bersaing dalam Liga M3.

“Kalau mutu permainan (lawan Terengganu) nak bermain Liga M3 pun tak layak. Bagi saya sebagai penyokong..jika masih tiada perubahan…saya tak nampak jalan lain selain Zamburger lepaskan TRW.

“Saya tak nampak jalan Zumburger boleh ubah nasib Kelantan. Beliau secara terhormat perlu cari orang lain untuk ambil alih,” tegasnya.Zainy menganggap tindakan Norizam meletakkan harga tinggi untuk Kelantan FC menyebabkan mereka sukar bertukar pemilik.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

5 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

6 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

8 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

9 hours ago