“Jangan nanti cakap saya ‘besar kepala’ tak datang training pulak. Aishhhhh… susah nii nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening.”
Itu komen balas pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dalam hantaran akaun Instagram Wong Tat Meng apabila jurulatih berkenaan hari ini mendakwa seperti dibuli ‘orang besar’ selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu.
Sehingga kini komen berkenaan menerima 773 tanda suka dan 92 hantaran balas dengan kebanyakannya menyokong tindakan Tat Meng selain menyatakan sokongan kepada Zii Jia.
Sebelum itu, Tat Meng berkata, dia sangat terkejut dengan peraturan berkenaan apatah lagi ia dikuatkuasakan ketika mereka dalam persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark yang akan berlangsung dari 21 hingga 27 Ogos ini.
Tat Meng dalam hantaran berkenaan berkata: “Sebelum Kejohanan Dunia, BAM memaklumkan pada kami bahawa mereka mewajibkan pemain profesional tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja BAM jika mereka ingin menjalankan latihan bersama pada hari Rabu.
“Saya benar-benar terkejut dengan peraturan ini memandangkan ia dikuatkuasa ketika persiapan menjelang Kejohanan Dunia.”Sejak Disember tahun lalu, BAM menjemput Lee Zii Jia untuk berlatih bersama pemain naungan BAM setiap hari Rabu dan kami berbesar hati kerana dapat mencapai situasi menang-menang termasuk membantu pemain BAM meningkatkan tahap mereka.
“Konflik penajaan bukan sahaja pertimbangan BAM, begitu juga untuk pasukan kami yang bukan sahaja membabitkan Zii Jia, tetapi barisan jurulatih serta pakar kecergasan dan fisio kami, oleh kerana itu kami tidak dapat memenuhi jemputan latihan ke ABM sebelum terbang ke Denmark.
“Apabila BAM menegaskan perkara ini ketika membuat persiapan untuk pertandingan besar, saya secara peribadi berasa seperti dibuli oleh orang besar.
sumber:- BH
“BAM sering berkata tidak kira pemain kebangsaan mahupun pemain profesional, mereka semua adalah pemain Malaysia, dan kegemilangan dikongsi bersama. Tetapi peraturan ini tidak melambangkan rasa bersama itu.”
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More