Pertahanan bawah 23 tahun negara, Ubaidullah Shamsul Fazili, menjadikan kaps Liga Super sebagai bekalan motivasi untuk menunjangi pasukan dalam Kejohanan AFF B23 di Rayong, Thailand yang bermula minggu ini.
Bintang muda Terengganu FC berusia 20 tahun itu turut menyatakan skuad muda negara akan sentiasa menghadirkan corak permainan yang berkualiti dan meletakkan sasaran untuk menjuarai kesemua pertandingan yang disertai.
“Sudah tentu setiap kejohanan kami cuba menjuarai, realistik (layak ke final) memang realistik sebab kami cuba buat terbaik walaupun persiapan (kali ini) singkat.
“Tetapi ini satu daripada cabaran dan kami sahut cabaran ini dengan positif,” katanya ketika ditemui pada hari ketiga kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian E. Elavarasan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, pada Selasa.
“Semua pasukan ada peluang seimbang, bola itu bulat macam-macam boleh jadi dan tidak semestinya Indonesia yang juara Sukan SEA 2023 boleh ke final kali ini, kami akan berikan cabaran sengit dalam setiap perlawanan,” katanya.
Sementara, calon kapten skuad muda negara, Aiman Afif Md Afizul, mengakui kombinasi muka baru dan lama tetap mampu menghadirkan cabaran kuat menjelang aksi pertama bertemu Indonesia.
sumber:- SA
“Setiap kejohanan memang kami sasar final, jadi semua pemain kena buat terbaik dan bagi komitmen untuk capai sasaran. Saingan kumpulan agak sukar walaupun tiga pasukan, kami kena kutip mata dalam setiap perlawanan,” kata pemain Kedah Darul Aman FC berusia 22 tahun itu.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More