sukan

Hanya tunggu masa JDT cipta Rekod baharu selama sedekad

Hanya satu kemenangan sahaja lagi diperlukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Keadaan itu sekali gus bakal menyaksikan Harimau Selatan melakar rekod baharu selaku pasukan pertama berjaya mempertahankan kejuaraan liga utama Malaysia selama sedekad.

Aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Darul Aman, 26 Ogos ini menjadi perlawanan ‘final’ buat anak buah Esteban Solari untuk mengeshakan kejuaraan.

Malah, secara kasarnya satu mata berdepan KDA sudah memadai buat JDT untuk meletakkan trofi Liga Super dalam genggaman mereka berdasarkan jumlah perbezaan gol yang terlalu tinggi berbanding pencabar terdekat, Selangor.

Bagaimanapun, JDT mungkin tidak rela tercicir mata meskipun beraksi di gelanggang lawan kerana misi lebih besar dibawa mereka adalah untuk mencipta rekod pasukan sulung merekodkan kemenangan bersih sepanjang musim dalam Liga Super.

Juara Piala AFC 2015 itu ternyata memiliki kelebihan yang sangat besar untuk mengesahkan kejuaraan lebih awal apabila masih berbaki enam perlawanan, satu aksi melebihi Selangor yang sudah bermain 21 perlawanan liga musim ini.

Hakikat sebenarnya gelaran juara 2023 sudah berada dalam genggaman JDT dan hanya menunggu masa untuk disahkan dan nama mereka diukir pada trofi Liga Super.

Melihat kepada prestasi luar biasa anak buah Solari sepanjang musim ini, tiada lagi halangan untuk mereka terus memegang gelaran juara yang dimenangi sejak 2014 dan mengekalkan status ‘Raja Bolasepak Malaysia’.

Pertarungan perebutan kejuaraan Liga Super musim ini juga boleh dikatakan sudah berakhir dengan hanya tinggal gelaran naib juara yang menjadi rebutan beberapa pasukan termasuk Selangor, Kedah Darul Aman (KDA), Sabah dan Sri Pahang.

Selepas turut mempertahankan kejuaraan Piala FA bulan lalu, hanya tinggal gelaran Piala Malaysia sahaja yang perlu dipertahankan JDT untuk mereka sekali lagi menyapu bersih semua trofi saingan domestik.

sumber:- BH

Harimau Selatan juga berpeluang cerah untuk menyamai pencapaian Kedah yang memenangi kejuaraan ‘treble’ dua kali berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Recent Posts

  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

18 minutes ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

27 minutes ago
  • sukan

Arab Saudi, Qatar dipilih tuan rumah pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah… Read More

54 minutes ago
  • sukan

Vietnam tolak pelawaan Thailand

Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan. Naga Emas dipelawa untuk… Read More

1 hour ago
  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

10 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

10 hours ago