sukan

Pemain B-23 makin garang

Barisan pemain skaud Bawah 23 tahun (B-23) negara sudah matang dan tidak mudah panik apabila diletakkan sasaran tinggi untuk melangkah ke pentas final kejohanan Piala AFF B-23.

Pengendali skaud Bawah 23 tahun (B-23) negara E Elavarasan berkata, barisan anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik terutamanya memastikan sasaran diberikan kepada mereka dapat dicapai.

Beliau berkata, walaupun hanya mempunyai tempoh empat hari untuk menjalani latihan namun perkara itu bukanlah masalah besar kerana rata-rata barisan pemain skuad B-23 sudah beraksi bersama sejak beberapa kejohanan terdahulu.

“Sebagai pemain, sasaran final bukanlah satu tekanan tinggi sekali gus mereka kena sama-sama cuba yang terbaik untuk memperoleh keputusan positif.

“Kita tak cakap apa yang buat akan 100 peratus menjadi namun pemain secara perlahan semakin matang kerana sudah bersama sejak enam bulan lalu.

“Apa yang penting sekarang ini adalah perlu perbaiki kelemahan dan pada masa sama mengenalpasti kekuatan kita untuk lebih bersedia mengharungi kejohanan Piala AFF B-23,” katanya.

Mengikut rekod, skuad Harimau Muda itu dijadualkan berlepas ke Thailand pada 16 Ogos sebelum mengharungi Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, bermula 17 hingga 26 Ogos.

Mengikut jadual perlawanan, barisan pemain muda itu akan memulakan saingan berdepan Indonesia pada 18 Ogos sebelum bertemu Timor-Leste empat hari kemudian.

Selain itu, Elavarasan juga menegaskan bahawa meskipun dibarisi banyak pemain baharu namun, corak permainan tetap akan mengikut modul pasukan utama dan berharap para pemain cepat memahami apa yang barisan kejurulatihan mahukan.

sumber:- HM

“Dalam mana-mana kejohanan, kita perlu sasaran tertinggi dan kami anggap ianya cabaran yang baik selepas tidak berjaya di Sukan Sea lalu dan berdasarkan pengalaman itu, kali ini kami akan buat yang terbaik,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

33 minutes ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

49 minutes ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

4 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

6 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

6 hours ago