sukan

Kim Pan-gon terbuka untuk terima

Skuad Harimau Malaya tidak menutup pintu buat mana-mana pemain import yang bakal dinaturalisasikan oleh kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) dalam masa terdekat ini.

Jelas pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon, beliau terbuka jika ada pemain naturalisasi yang boleh membantu skuad Harimau Malaya.

Katanya, jika tonggak berkenaan mampu menyumbang dari aspek teknikal serta memiliki corak permainan fizikal yang baik, pemain berkenaan boleh diberi peluang.

Namun sebelum memanggil ke latihan pusat, tonggak berkenaan perlu mendapatkan pasport negara ini dan ia diuruskan kelab masing-masing.

“Kita tidak tahu lagi bila calon (pemain baharu naturalisasi) berkenaan boleh mendapatkan pasport.”Sudah tentu ia (kehadiran tambahan naturalisasi) baik untuk kita dari segi faktor kekuatan fizikal dan kekuatan menyerang.

“Jadi kita tunggu dan lihat bila boleh dapat pasport,” katanya yang kini dalam persiapan menjelang dua tugasan penting iaitu Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November ini serta kempen Piala Asia di Qatar Januari depan.

Untuk rekod, ketika ini skuad Harimau Malaya boleh memanggil tujuh pemain naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan.

Antara tonggak yang sudah dinaturalisasikan adalah Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Sergio Aguero, Lee Tuck, Paulo Josue dan Endrick dos Santos.

Begitupun, daripada tujuh pemain itu hanya Tuck, Josue dan Endrick dipanggil oleh Pan-gon pada latihan pusat dan dua aksi persahabatan antarabangsa pada bulan lalu di Kuala Terengganu.

Manakala, selebihnya dilihat disisihkan ekoran kekurangan minit permainan atau tidak mencapai tahap diinginkan ketika bersama pasukan masing-masing dalam saingan liga tempatan.

Ketika ini, penyerang import kelahiran Colombia yang beraksi untuk Kuala Lumpur City FC (KL City), Romel Moreles dilaporkan semakin hampir didaftarkan sebagai pemain tempatan.

sumber:- HM

Ia selepas pengurusan KL City memohon taraf kewarganegaraan buat Morales dan pemain itu masih menanti status permohonan bagi membolehkan dirinya menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

7 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

9 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

10 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

10 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

11 hours ago