sukan

Kedah bangkit bergaya

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit daripada kekecewaan dengan menewaskan skuad Sri Pahang FC 2-0 pada Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Dua jaringan gol masing-masing dihasilkan Ifedayo Olusegun dan pemain sayap J Partiban mengukuhkan kedudukan Sang Kenari di tangga ketiga Liga Super dengan 40 mata.

Kedah membuka jaringan seawal minit keempat selepas lontaran Ariff Farhan ke dalam kotak penalti lawan gagal ditanduk keluar pertahanan Sri Pahang dan kesempatan itu disempurnakan Ifedayo untuk menewaskan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi menerusi sentuhan kaki kirinya.

Sri Pahang cuba bangkit dengan larian dan serangan deras penyerang Kpah Sherman untuk memburu gol pada minit ke-10 namun percubaannya tersasar.

Perlawanan terus rancak namun percubaan Kedah oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-25 mengenai tiang gol dan percubaan Sri Pahang menerusi Sherman tiga minit kemudian ditampan Kalamullah Al-Hafiz.

Kedah yang terus mencuba hasil gerakan pantas akhirnya menambah jaringan menerusi Partiban yang mudah menolak bola masuk bola ke gawang skuad Tok Gajah empat minit sebelum tamat babak pertama selepas percubaan Manuel Ott gagal ditampan kemas penjaga gawang.

sumber:- BH

Pada babak kedua, Sri Pahang mendapat peluang terbaiknya hasil sepakan bebas berhampiran kotak penalti pemain import, Kevin Ingreso tetapi percubaannya berjaya diselamatkan Kalamullah Al-Hafiz.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

7 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

10 hours ago