sukan

Jangan jadi ‘bodoh sombong’

Pasukan Liga Malaysia (Liga M) perlu memperbaiki cara pengurusan mereka jika mahu membentuk persaingan lebih sengit dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah bola sepak tempatan.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menegaskan bahawa pasukan lain tidak perlu malu untuk mengikut atau belajar dengan pengurusan Harimau Selatan mengenai cara yang mereka lakukan hingga berjaya meletakkan skuad itu jauh di depan pasukan lain dalam Liga M.

Beliau berkata, kelab milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu sudah memberikan isyarat jelas bahawa mereka semakin menguasai saingan bola sepak domestik dan berpotensi besar untuk mengulangi pencapaian tahun lalu iaitu menyapu bersih semua trofi.

Katanya, perkara paling penting buat mana-mana kelab yang mahu berjaya adalah harus mempunyai pemimpin yang jujur dan bersungguh-sungguh untuk menaikkan pasukan ke tahap paling tinggi.

“Dekat JDT, tengoklah siapa pemimpin mereka (TMJ) yang mana beliau sentiasa menyatakan masih perlu terus belajar mengenai bola sepak.

“Itu menunjukkan kesungguhannya yang tinggi untuk menaikkan kelab dan perkara itu harus diikuti kelab lain. Pengurusan harus belajar, dan pemain juga perlu belajar kerana bola sepak satu proses yang panjang untuk jadi cemerlang.

“Ada yang cakap dia (TMJ) bolehlah sebab dia ada duit. Tetapi kalau ada duit sekali pun, jika tak bersungguh tak jadi juga. Pengurusan pasukan lain hanya hangat-hangat tahi ayam, beli kelab selepas itu tak mampu nak jaga.

“Mereka perlu ingat bahawa pelaburan untuk kelab adalah jangka panjang. Pemain juga harus dijaga macam anak sendiri dan itu yang dilakukan di JDT,” katanya kepada BH Sukan.

JDT berada pada prestasi paling cemerlang dalam sejarah mereka apabila memenangi semua 17 perlawanan Liga Super setakat ini selain mengekalkan kejuaraan Piala FA yang dimenangi musim lalu.

Malah, kelab itu juga dijangka akan mengulangi pencapaian musim lalu dengan menyapu bersih semua trofi saingan domestik.

Selain itu, Azlan menyifatkan bahawa JDT sudah terlalu jauh untuk dikejar pasukan lain dalam Liga M dan kelab itu boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk pemain tempatan merasai saingan di peringkat antarabangsa.

“Pasukan lain sudah jauh sangat (ketinggalan kepada JDT), dari segi pengurusan, fasiliti, tenaga kerja, semua (pasukan Liga M yang lain) kalah. Mereka (JDT) sudah menunjukkan di atas padang dengan memberi kemenangan yang begitu nyata.

sumber:- BH

“Masa dahulu mereka dalam proses pembelajaran, tetapi hari ini mereka sudah lulus dengan cemerlang. Jadi bagaimana kita nak tandingi mereka sebab mereka sudah pergi terlalu jauh,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

3 minutes ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

1 hour ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

2 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

2 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

3 hours ago
  • sukan

Toh Ee Wei tertarik dengan gandingan No. 1 Thailand

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More

3 hours ago