Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan punca sebenar perpindahan bintang ternama dunia, Radamel Falcao ke JDT tidak menjadi kenyataan.
Menurut Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), JDT tidak mampu menandatangani Falcao kerana harganya yang terlalu tinggi.
“Masa beliau datang berjumpa dengan saya, memang betul kami ada perbincangan untuk membawa Falcao ke sini, tetapi kelab tidak mampu.
“Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal. Kami ingin menggunakan bajet yang ada untuk beli dua tiga pemain yang lain untuk pertingkat prestasi pasukan.
“Jadi dalam ‘strategy wise’, untuk ‘commercial wise’ adalah bagus. Sudah tentu beliau adalah pemain yang ‘superstar’, tapi kita juga perlu realistik.
“Kerana itulah beliau sudah datang dan berjumpa tetapi kami tidak tandatanganinya,” kata Tunku Ismail.Pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan akan menyambung kontraknya di Rayo Vallecano sehingga Jun 2024.
Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menjelaskan, nilai kelab bola sepak JDT kini semakin hampir mencecah RM1 bilion.
Menurut TMJ, nilai berkenaan merangkumi segenap aspek termasuk aset kelab dan jenama JDT itu sendiri.
“Setakat ini kami telah cecah 80 peratus, jadi kami ada lagi 20 peratus untuk mencapai target kami untuk jadi kelab bernilai RM1 bilion.
sumber;- BH
“Ia termasuk dari segi kewangan, komersial, kekuatan kami dan juga aset,” katanya.JDT akan berdepan KL City untuk aksi final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim esok.
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More