BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2023 hari ini.
Pasangan itu yang baru dinobatkan juara Terbuka Amerika Syarikat 2023 pada Ahad lepas, menafikan cabaran beregu senegara yang juga pilihan keenam kejohanan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 25-23, 21-15 pada pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Jinnam, Yeosu, Korea Selatan.
Bagaimanapun, tugas getir menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di pentas suku akhir apabila bakal berdepan cabaran pilihan utama kejohanan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia yang mara selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-19, 21-15.
Mengiringi kemaraan gandingan ranking ke-46 dunia itu ialah perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang tidak berdepan masalah dalam mengetepikan cabaran pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Tze Yong akan berdepan pilihan keempat kejohanan dari Singapura, Loh Kean Yew yang mara selepas menewaskan pemain China, Zhao Junpeng 21-19, 17-21, 21-6.
Dalam pada itu, empat lagi wakil negara terpaksa melupakan hasrat melangkah lebih jauh selepas ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing-masing pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di venue sama.
Perseorangan wanita negara, S Kisona tewas dalam pertarungan tiga set 22-20, 14-21, 14-21 di tangan pilihan utama kejohanan dari Jepun, Akane Yamaguchi, sementara beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berdepan nasib sama di tangan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 17-21, 21-17, 19-21.
sumber:- SH
Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula akur dengan kekalahan straight set 9-21, 7-21 kepada pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sementara beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewas kepada pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 17-21, 13-21. – Bernama
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More