Tuah tidak memihak kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah dalam usaha mereka menamatkan badi kekalahan di tangan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas di pusingan kedua Terbuka Korea, hari ini.
Pasangan negara itu memberikan tentangan sengit ke atas lawan berkenaan dalam pertarungan tiga set sebelum terpaksa akur dengan kekalahan 17-21, 21-17, 19-21 pada aksi yang berlangsung di Stadium Jinnam, Yeosu.
Pearly-Thinaah yang berada di kedudukan ranking ke-11 dunia tidak pernah menang ke atas Qing Chen-Yi Fan apabila tewas dalam semua tiga pertemuan sebelum ini.
Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How, berkata sikap terburu-buru kedua-dua pemain berkenaan bagi mematikan serangan lawan memerangkap mereka dalam perlawanan itu.
“Bagi saya prestasi mereka pada kejohanan kali ini adalah positif mengambil kira ini adalah kejohanan pertama mereka sejak kali terakhir Terbuka Singapura (bulan lalu).
“Cuma, hari ini di set pertama ketika mereka mendahului 15-8 atau 15-9, mereka terlalu cepat mahu matikan serangan lawan dan menyebabkan mereka terikut rentak permainan beregu China itu.
“Saya harap mereka dapat belajar daripada kekalahan ini dan buat persiapan untuk menghadapi kejohanan seterusnya,” kata Thien How.
Sebagai rekod, Pearly baru saja pulih daripada kecederaan siku yang dialaminya ketika saingan Terbuka Singapura.
Tugasan seterusnya buat Pearly-Thinaah adalah Terbuka Jepun yang akan berlangsung dari 25 hingga 30 Julai ini.
Sementara itu, dua beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua.
Soon Huat-Shevon tewas di tangan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 17-21, 13-21 manakala Kian Meng-Pei Jing tunduk kepada pilihan kedua kejohanan dari Thailand, Dechapol Puvaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 7-21.
sumber:- BH
Dalam acara perseorangan wanita, pemain profesional negara, S Kisona hampir mengejutkan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi apabila memberikan tentangan sengit dalam pertarungan tiga set sebelum akur dengan kekalahan 22-20, 14-21, 14-21.
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More