Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menepati ramalan apabila menjuarai saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Kejayaan itu hadir selepas pilihan ketiga kejohanan menewaskan beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-9, 21-10 pada aksi final yang berlangsung di Mid-America Center di Council Bluffs, Iowa.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyifatkan kejayaan itu sebagai permulaan positif buat Izzuddin-Sze Fei yang kembali bergandingan selepas lima bulan berpisah.
“Saya percaya kejayaan ini akan meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka untuk terus berjuang terutama bagi mengembalikan semula sentuhan mereka yang hilang selepas berpisah.
“Ini satu permulaan yang baik untuk mereka. Saya harap mereka akan mengekalkan momentum ini untuk kejohanan seterusnya,” kata Rexy.
Kejayaan pasangan ranking ke-53 itu turut menyaksikan mereka menamatkan kemarau 31 tahun Malaysia untuk mengungguli saingan beregu lelaki di Terbuka AS selepas kali terakhir dimenangi Datuk Cheah Soon Kit-Soo Beng King pada edisi 1992.
Terbuka AS adalah kejohanan pertama buat Izzuddin-Sze Fei selepas mereka ‘rujuk’ semula pada Mei lalu.
Pada Januari lalu, bekas juara Terbuka Jerman itu membuat keputusan untuk berpisah atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Bagaimanapun, empat bulan selepas itu, mereka kembali digandingkan bagi mengejar impian memburu tiket beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
sumber:- BH
Izzuddin-Sze Fei kini mengalihkan fokus bagi menghadapi saingan Terbuka Korea yang bermula di Yeosu esok.Mereka dijadual menentang pasangan China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang pada pusingan pertama.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More