sukan

Baddrol dikaitkan bertanding PRN

Adakah benar bekas pemain Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan?.Desas desus itu ketika ini bertiup kencang di media sosial susulan pengumuman Sabah FC hari ini yang mengumumkan pengunduran Baddrol daripada skuad Badak atas sebab yang akan diumumkan kemudian.

Begitupun, tidak dipastikan sama ada khabar angin itu benar dan Baddrol sendiri masih belum mengumumkan hala tujunya selepas ini.

Malah, persoalan turut berlegar dikalangan peminat parti politik mana yang akan disertai pemain kelahiran Kedah itu jika benar dia menyertai PRN kali ini.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan Sabah FC, memaklumkan bahawa Baddrol akan meninggalkan peranannya sebagai ketua pasukan dan tidak lagi bersama pasukan sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Keputusan ini diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Penyerang berumur 35 tahun yang juga bekas pemain kebangsaan itu menyertai Sabah FC sejak akhir 2021 selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC.

sumber:- HM

Baddrol dijangka tampil kali terakhir pada perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas, malam esok.

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

37 minutes ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

1 hour ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

3 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

4 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

5 hours ago