sukan

‘lauk paling sedap’ , Rekod paling banyak bolos

‘Pemain ke-12’ The Red Warriors (TRW) berdoa pasukan mereka tidak menjadi ‘lauk paling sedap’ apabila ­melayan kunjungan pendahulu Liga Super, ­Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini.

Dengan rekod 10 kekalahan berturut-turut yang dicatat Kelantan FC dalam saingan liga, semuanya tampak amat ‘menakutkan’ buat mereka menjelang pertemuan itu.

Pada ketika Negeri Sembilan masih me­megang rekod kekalahan terburuk liga dengan tum­pas 0-7 kepada JDT pada 6 Mac lalu, Kelantan FC bimbang rekod berpotensi bertukar milik.

Presiden Kelab Penyokong ­Siber Bola Sepak Kelantan Darulnaim (Kelate.Net) Mohd. Nurul Yusoh berkata, kebimbangan itu ada asasnya melihat Harimau Selatan sudah meledak 62 gol dalam 16 perlawanan.

Sedangkan TRW dibolosi 56 gol dalam 15 perlawanan.“Selain menang semua perlawanan setakat ini, skuad ‘himpunan bintang’ itu hanya bolos tiga kali. Ia memperlihatkan betapa ampuh benteng mereka.

“Saya harap, Kelantan FC tidak kalah teruk. Saya bimbang, kekalahan besar boleh memberi impak tidak baik buat pasukan yang rata-rata dibarisi pemain muda,” katanya .

Mohd. Nurul berharap, ­barisan pemain yang diturun­kan dapat memberi tentangan terbaik untuk menyekat lawan daripada berpesta gol.

Katanya, jika mereka dapat mengelak kekalahan besar, itu boleh disifatkan sebagai satu ‘kemenangan’ moral buat pasukan.“Begitulah sebaliknya jika berjaya menjaringkan gol pada perlawanan itu nanti.

“Saya harap barisan pemain Kelantan FC dapat beraksi tanpa sebarang tekanan sebaliknya bermain secara ‘gembira’,” ujar­nya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

36 minutes ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

46 minutes ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

5 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

6 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

7 hours ago