KETUA Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan pemainnya apabila berjaya menundukkan Selangor FC 1-0 pada saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Ahad.
Beliau mengakui tempoh rehat yang agak panjang memberi peluang kepadanya untuk mempersiapkan pasukan sebelum berhadapan dengan Red Giants.
Menurutnya, semua taktik yang dirancang membuahkan hasil dalam perlawanan ini ditambah dengan semangat pemain yang bersungguh-sungguh terutama pada separuh babak pertama dan sepanjang babak kedua.
Saya memang yakin boleh menang hasil persiapan yang telah dibuat sebelum perlawanan ini.
“Pemain bermain dengan baik sepanjang 25 minit babak pertama dan selepas itu saya mula risau apabila corak permainan kita berubah hingga membuka peluang kepada pemain lawan menguasai perlawanan dan mendapat beberapa peluang.
“Bagaimanapun Selangor gagal menghasilkan sebarang gol dan kita berjaya bangkit pada babak kedua dengan aksi lebih mantap sehingga berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-50,” katanya.
Sementara itu katanya, pemain import baharu, Ruziev Kovendik dari Uzbekistan dan Rafael Silva dari Brazil diturunkan pada perlawanan itu untuk membantu pasukan.
“Prestasi Ruziev Kovendik agak baik dan banyak membantu dalam perlawanan ini walaupun baharu menyertai pasukan.
“Rafael Silva pula nampak masih mencari rentak sebab itu kita letak dia di kerusi simpanan dan hanya diturunkan pada penghujung perlawanan,” katanya.
Sementara itu, pengendali Red Giants, Tan Cheng Hoe berkata, sebagai jurulatih beliau masih yakin dengan kemampuan pemain walaupun tewas kepada Pahang pada saingan itu.
Menurutnya, pemain perlu bangkit dan tingkatkan mutu permainan pada pada perlawanan akan datang.
“Separuh masa pertama kita bermain dengan baik hingga berjaya mendominasi perlawanan dan banyak cipta peluang tapi gagal dimanfaatkan.
“Babak kedua, pemain sedikit hilang fokus hingga membuka peluang kepada Pahang mengatur dan melakukan serangan,” jelasnya.
Beliau bagaimanapun berpandangan, situasi itu lumrah jika berdepan pasukan sama kuat seperti Pahang.
sumber:- SH
“Pemain perlu ambil peluang untuk menang atau dihukum bila lakukan kesilapan.”Paling penting pemain kena segera bangit untuk hadapi pusingan kedua dengan cabaran lebih besar,” ujarnya.
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More