sukan

Mimpi indah pemain profesional negara

Mimpi indah pemain profesional negara, Lim Chi Wing di Kejohanan Badminton kebangsaan diteruskan apabila menyingkirkan pemain kebangsaan Aidil Sholeh Ali Sadikin semalam

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, Chi Wing dilihat tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Aidil Sholeh apabila menang straight set 22-20,21-8 dalam aksi yang memakan masa 38 minit.

“Untuk perlawanan hari ini saya sudah membuat persiapan rapi dan sudah menjangka aksi hari ini akan penat sebab dia seorang pemain yang suka main rali.

“Kunci kemenangan hari ini mungkin saya berjaya mengawal tekanan berbanding lawan saya,” katanya.

Menanti Chi Wing di pusingan separuh akhir esok adalah pilihan pertama kejohanan, Leong Jun Hao yang berjaya menewaskan pemain profesional Lim Chong King straight set 21-19, 24-22.

Sementara itu Jun Hao ketika ditemui selepas perlawanan memberitahu dia sebenarnya tidak sabar untuk berjumpa lawannya itu yang dianggap sebagai ‘abang’ memandangkan Chi Wing banyak membantunya ketika pada awal kariernya.

Walaupun begitu, dia akan cuba tidak terlalu menghormati abangnya itu dan akan cuba memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan separuh hari ini.

sumber:- HM

“Dia (Chi Wing) memang pemain yang berpengalaman. Kami pernah berlatih sama-sama dahulu sebab sama-sama Kuala Lumpur dan juga adalah kawan yang rapat yang saya kenal sejak berusia 9 tahun,” jelasnya.

.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

6 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

7 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

8 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

10 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

10 hours ago