sukan

Satu lagi pasukan gergasi tumbang

Gelaran ‘pembunuh gergasi’ mungkin sesuai diberikan kepada PDRM FC apabila kali ini menjadikan Sabah FC sebagai mangsa apabila menumbangkan lawan dengan 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Ia adalah kejutan kedua yang dilakar oleh skuad Sang Saka Biru selepas pada Sabtu lalu mengejutkan satu lagi pasukan pilihan, Selangor FC dengan kemenangan 1-0 di venue sama.

Sebaliknya Sabah yang berbelanja besar pada musim ini seolah kehilangan idea untuk menembusi benteng pertahanan PDRM yang cukup ampuh sepanjang 90 minit permainan.

Dalam aksi itu, pelawat yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee menguasai aksi sejak mula, namun tuan rumah berjaya mendahului menerusi jaringan Nabil Latfi di minit 26.

Gol itu berpunca daripada hantaran ketua pasukan, Uche Agba yang melambungkan bola sebelum Nabil bijak melepasi pertahanan untuk meledak gol pertama.

Sabah cuba bangkit dan peluang terbaik muncul di minit 41 namun percubaan Park Taesu berjaya dihalang penjaga gol PDRM, Ramdhan Hamid.

Pelawat meningkatkan suhu permainan di babak kedua dengan Baddrol Bakhtiar hampir menyamakan kedudukan di minit 50, tetapi tolakannya melambung tinggi selepas menerima hantaran lintang Jailton da Silva.

sumber:- HM

Selepas itu sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik buat Sabah mendapatkan gol termasuk tandukan Taesu di masa kecederaan yang tidak menemui sasaran, untuk anak buah Azzmi Aziz ceria menuai tiga mata.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

5 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

6 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

8 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

9 hours ago