sukan

Kim Pan-gon tawar peluang keemasan

Mendapat panggilan menyertai semula pasukan kebangsaan selepas lebih setahun tidak bersama pasukan itu, ternyata membakar semangat buat penyerang utama Negeri Sembilan FC (NSFC), Shahrel Fikri Md Fauzi.

Selepas kali terakhir beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada 2021, penyerang kelahiran Perak ini tidak menyangka ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, menawarkan kembali peluang keemasan itu padanya.

Memang saya tak sangka dapat panggilan menyertai semula pasukan kebangsaan selepas kali terakhir pada 2021 kerana selepas itu saya menghadapi masalah kecederaan retak tulang fibula (bahagian betis).

Saya sifatkan panggilan Pan-gon ini sebagai peluang terbaik untuk menyumbang sesuatu yang berguna buat pasukan Harimau Malaya di pentas saingan antarabangsa.

“Panggilan itu jelas menaikkan lagi semangat saya untuk terus meningkatkan lagi prestasi dan persembahan termasuk dalam usaha membantu Negeri Sembilan bagi mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super,” katanya di sini, hari ini.

Bekas pemain Selangor FC itu yang mesra dipanggil Eky berkata, dia akan berusaha membalas kepercayaan Pan-gon dengan kualiti permainan yang baik serta mempamerkan mutu disiplin yang tinggi.

“Walaupun ia bagi persiapan perlawanan persahabatan tetapi status perlawanan itu adalah tinggi di peringkat antarabangsa dengan pasukan kebangsaan perlu mencapai keputusan yang positif dalam kedua-dua aksi itu nanti,” katanya.

Mengenai cabaran menentang Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok, Shahrel Fikri yang setakat ini sudah meledak empat gol daripada sembilan penampilan musim ini, berazam untuk menambah koleksi itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu menyedari cabaran getir bakal dihadapi pasukannya mengambil kira reputasi pasukan bimbingan Fandi Ahmad yang menduduki tangga keempat carta liga ketika ini.

Sri Pahang memiliki kehebatan tersendiri selepas mereka mencatat tujuh kemenangan setakat ini, oleh itu, kami perlu bekerja keras dan menggandakan kekuatan bagi menyekat kehebatan pasukan itu.

“Namun, saya yakin semua pemain akan berikan aksi terbaik kerana mengharapkan kami dapat membawa balik mata dari Kuantan.

sumber:- HM

“Jika diturunkan, saya pasti akan memberikan persembahan terbaik dan ingin terus menjaringkan gol buat Negeri Sembilan,” kata bekas penyerang prolifik Malaysia ini.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago