Tuan rumah, China, mendahului Malaysia 1-0 dalam suku akhir Piala Sudirman apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas kepada gandingan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Xiamen sebentar tadi.
Jurang kualiti kelihatan ketara dalam set pertama, di mana Tang Jie dan Ee Wei tidak dapat mendahului lawan itu selepas terikat 4-4 dan biarpun cuba mengejar pada penghujung saingan, mereka membenarkan lawan memperoleh tiga mata berturut-turut untuk akur dengan kekalahan 17-21.
Beberapa siri kesilapan sendiri, terutama dari Ee Wei, memberikan kerugian buat pasangan negara itu pada awal set kedua dan ia berlarutan sehingga ke penghujung permainan, memaksa Tang Jie dan Ee Wei akur dengan kekalahan 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 49 minit.
sumber:- stadium astro
Selepas ini, cabaran negara akan dipikul perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, yang akan berdepan pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi.