Malaysia berdepan tugas getir untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Piala Sudirman buat kali ketiga berturut-turut selepas diundi menentang juara 13 kali, China, di peringkat suku akhir di Xiamen, China, esok.
Undian sukar itu adalah kesan daripada kegagalan skuad negara untuk muncul juara Kumpulan C selepas tewas kepada Jepun 3-2, hari ini.
Dalam perlawanan itu, Malaysia berjaya mendahului 2-0 sebelum barisan pemain Jepun bangkit untuk mencipta kemenangan.
Dalam dua edisi terakhir sebelum ini iaitu pada 2021 dan 2023, Malaysia berjaya mara sehingga separuh akhir untuk membawa pulang pingat gangsa.
Lain-lain perlawanan suku akhir menyaksikan Jepun diundi bertemu Taiwan; Denmark berdepan Korea Selatan manakala Thailand akan membuat perhitungan dengan Indonesia.
sumber: BH
Piala Sudirman 2025
• China mln Malaysia
• Jepun mln Taiwan
• Denmark mln Korea Selatan
• Thailand mln Indonesia