Skuad badminton negara menamatkan saingan peringkat awal Piala Sudirman 2025 selaku naib juara Kumpulan C selepas tewas 2-3 kepada Jepun di Xiamen, China sebentar tadi.
Beregu campuran, Chen Tang jie-Toh Ee Wei, memberikan mata pertama buat skuad negara apabila berhasil menewaskan Hiroki Midorikawa-Arisa Igarashi 21-19, 21-18.
Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, kemudian mencipta kejutan menumbangkan bintang utama Jepun, Kodai Naraoka, 21-8, 13-21, 21-18.
Bagaimanapun, angin tuah mula memihak Jepun sebaik perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, tewas 14-21, 17-21 kepada Tomoka Miyazaki.
Lebih menyukarkan keadaan Malaysia apabila beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas 21-12, 20-22, 21-23 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
sumber:- stadium astro
Jepun mengesahkan kemenangan selepas beregu wanita, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, menewaskan gandingan negara, Pearly Tan-M. Thinaah, 21-18, 18-21, 21-18.