sukan

Safiq Rahim cetus persoalan

Kekal atau bersara?

Itu persoalan yang bermain di fikiran penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap status pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim, bersama skuad Harimau Selatan pada musim depan.

Bakal menjangkau usia 38 tahun Julai depan, bekas kapten Harimau Malaya itu tampak masih mampu mengerah kudrat bersama kelab berkenaan berdasarkan kemampuannya bersaing merebut tempat.

Safiq berada dalam skuad akhir JDT untuk hampir semua perlawanan musim ini termasuk dalam final Unifi Piala Malaysia bertemu Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Malah, kapten JDT yang menjulang Piala AFC 2015 itu tidak pernah terlepas meraikan jaringan bersama Harimau Selatan yang menyaksikannya menyumbang satu gol musim ini.

“Liga musim 2024/25 baru habis. Tutup (musim ini dan pemain akan) berehat.”Lupakan sekejap pasal bola sepak, Insya-Allah ada rezeki pada masa akan datang.

sumber:- stadium astro

“Pemain telah buat yang terbaik untuk musim 2024/25. Kami akan teruskan berjuang untuk JDT.”Inilah Johor Darul Ta’zim. Sentiasa mahu memperkuatkan (pasukan) dan mencipta lagi sejarah,” katanya.