sukan

Komen tanpa berselindung Thinaah selepas gagal lunas mata penting buat Malaysia

Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah, perlu mengambil pengajaran dalam situasi getir selepas menjadi sandaran untuk menjamin tiket kemenangan Malaysia sebelum hajat itu dinafikan Jepun, hari ini.

Negara Matahari Terbit itu menjuarai Kumpulan C dalam kempen di Xiamen, China itu melalui kemenangan 21-18, 18-21, 21-18 Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Meskipun dihantui buat kali ketiga oleh gandingan ketiga dunia itu, Malaysia sudah pun mengesahkan tiket ke suku akhir selepas mencipta kemenangan ke atas Perancis dan Australia.

“Ya, kami agak tertekan tambahn lagi rekod pertemuan kami agak buruk.

“Kami memang mahu menyumbangkan mata tapi ia tidak kesampaian.

“Semoga permainan kami bertambah selepas ini,” katanya.

Begitupun, Thinaah mengakui bahawa mereka perlu konsisten sepanjang pertarungan sekiranya ingin menjadi lebih ampuh.

“Kami memulakan aksi dengan baik tetapi banyak memberi ruang kepada pihak lawan di penghujung permainan.

sumber:- stadium astro

“Mereka mengambil kesempatan ini dengan tampil lebih agresif.
“Kami perlu lebih peka dalam mata penting dan perbaikinya,” katanya pula.