sukan

TERKINI : Safawi Rasid sah tinggalkan Terengganu FC

Pemain sayap negara, Safawi Rasid, difahamkan akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tempoh pinjamannya bersama Terengganu tamat pada 30 Jun depan.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan anak jati Dungun, Terengganu itu berkemungkinan besar akan kembali ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas setahun memperkuatkan negeri kelahirannya.

sumber:- stadium astro

Sebagai rekod, Safawi melakukan 35 penampilan buat Terengganu sepanjang musim 2024-25 selain menghasilkan 18 gol dan lima bantuan jaringan.