Skuad badminton negara akan menamatkan saingan peringkat Kumpulan C, Piala Sudirman 2025 dengan menentang Jepun di Xiamen, China pagi esok.
Selepas menewaskan Perancis dan Australia dalam dua perlawanan pertama, skuad negara sah melayakkan diri ke suku akhir selaku dua pasukan teratas kumpulan berkenaan.
Bagaimanapun, pertemuan kali ini penting untuk menentukan pasukan mana yang akan bergelar juara kumpulan dan memperoleh laluan lebih selesa dalam suku akhir.
Mampukah Malaysia mengatasi Jepun untuk bergelar pasukan terbaik Kumpulan C?
Siaran langsung & live streaming Malaysia lawan Jepun
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 dan Astro Badminton saluran 815 bermula jam 9.00 pagi esok.
sumber:- stadium astro
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.