sukan

Pembaca gerak bibir dedah perbualan pemilik Liverpool dan Alexander-Arnold

Pembaca gerak bibir mendedahkan isi perbualan antara pemilik Liverpool, John W Henry dan Trent Alexander-Arnold ketika mereka dirakam bercakap semasa meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.

Skuad kendalian Arne Slot membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di Anfield untuk mengesahkan kejuaraan liga ke-20 mereka dengan empat perlawanan berbaki musim ini.

Ibarat pesta bersama penyokong di tempat sendiri, pemain serta pegawai Liverpool memenuhi padang untuk meraikannya.

Penyokong Liverpool memberi tumpuan lebih kepada Alexander-Arnold, yang masa depannya di Anfield masih samar-samar dan spekulasi mengatakan dia akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Bek kanan itu dilihat sedang berbual dengan pemilik Liverpool, Henry dan pakar membaca gerak bibir mendedahkan apa yang dia percaya sedang diperkatakan kedua-dua individu itu.

Pembaca gerak bibir, Nicola Hickling mendakwa Henry memulakan perbualan dengan berkata: “Anda diam sahaja. Bagaimana keadaan sekarang?”

Pemain England itu kemudian menjawab: “Sedang berfikir secara rasional.”

Henry kemudian berkata: “Saya mahu anda melakukan perkara yang betul.”

Alexander-Arnold menjawab: “Iya, iya.”

Henry berkata lagi: “Cara terbaik ialah jangan panik.”

Pemain pertahanan itu kemudian berkata: “Adakah saya patut membuat keputusan?”

Henry menjawab: “Sudah tentu. Biarkan mereka tahu (sambil berpaling ke arah penyokong).”

Alexander-Arnold kemudian dilihat mengangguk tanda bersetuju dengan pemilik berusia 75 tahun itu.

Pertahanan itu membuat penampilan dalam kesebelasan utama Liverpool buat pertama kali sejak kekalahan kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada Mac, yang menyaksikan dia cedera buku lali dan terpaksa direhatkan beberapa minggu.

Kontrak pemain 26 tahun itu tamat pada 30 Jun dan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu, walaupun Alexander-Arnold belum mendedahkan perancangan masa depannya.

sumber:- HM

Virgil Van Dijk dan Mohamed Salah turut berada pada tahun terakhir kontrak mereka, tetapi kedua-dua tonggak Liverpool itu sudah menandatangani kontrak baharu di Anfield dengan Alexander-Arnold diharap akan mengikut jejak mereka.

Recent Posts

  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

46 minutes ago
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

11 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

11 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

13 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

15 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

16 hours ago